Disini aten nak cakap setialah kepada kawan kerana ia adalah satu hadia yang amat berharga. Jangan sesekali kita tikam belakang kawan kita. Hipokrit dengan kawan pun jangan sama sekali kerana kesannnya pada kita juga nanti.
Ya, mungkin kesannya kita tidak nampak terus tapi depan nanti sape tahu. Terus terang nizam cakap nizam paling tak suka berkawan dengan kawan yang hipokrit, penting diri sendiri dan hanya berkawan bila perlukan kita.
Ingat, berkawanlah dengan ikhlas. Jangan cakap manis didepan tapi lain di belakang. Ini yang nizam setia pada kawan.
Kepada Musuh – Kemaafan
Ini juga salah satu hadiah yang baik dalam hubungan sesama manusia. Maaflah musuh korang dan bina hubungan yang baik antara kita. Lagipun tak elok bermusuhan lama-lama.
Aten memang senang marah, tapi aten tak suka simpan dalam hati. Kalau marah, terus marah then ok balik. Yelah, untuk apa marah lama-lama sedangkan perkara kecil je kan.
Kepada Ketua – Khidmat
Berkhidmat kepada ketua ni tak semestinya bagi yang dah bekerja. Yang masih belajar pun boleh berkhidmat pada ketua mereka seperti contoh cikgu. Berikan khidmat yang terbaik kepada ketua korang kerana itu membuatkan ketua merasa bangga dengan anak buah mereka.
Bagi yang dah kerja silap-silap naik gaji atau pangkat la kan. Tapi kalau pelajar pula mesti dapat markah lebih kan. hehehe.. Disini aten tak maksudkan “bodek” tau. Ini berkhidmat secara ikhlas.
Kepada Yang Tua – Hargai Budi Mereka
Hargailah mereka yang dah tua dan hormatilah mereka. Jangan sesekali kita berkasar dengan mereka. Bantu mereka jika mereka kesusahan. Ini cukup bermakna buat mereka.
Bagi mereka, jika kita hargai diri mereka ianya lebih bernilai dari wang kerana selalunya orang tua perlukan perhatian dan kasih sayang dari orang yang lebih muda.
Kepada Kekasih – Cinta dan Ketaatan
Dalam hubungan kekasih, hadiah yang paling bermakna adalah cinta,kesetiaan, dan ketaatan kepada pasangan. Tapi ketaatan disini janganlah sampai mengadai maruah diri kepada yang masih tidak sah seperti yang berlaku sekarang.

0 comments:
Post a Comment